Thursday 10 September 2015

ADAB TERPUJI & TANGGUNGJAWAB WANITA SOLEHAH - KARYA BERLIAN PUBLICATION SDN BHD


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah swt kerana diberi ruang dan masa untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang boleh dimanfaatkan buat muslimah mahupun muslimin yang ingin menyampaikan buat muslimah. Insyaallah

Hasil bacaan dan carian ana terhadap buku buku ilmiah & motivasi, salah 1 yg menjadi pilihan ana untuk huraikan di sini adalah buku yang berjudul "ADAB TERPUJI & TANGGUNGJAWAB WANITA SOLEHAH" buku keluaran jasmin dan merupakan berlian publication sdn bhd, didalam buku ini banyak menerangkan perihal adab & cara cara kehidupan seorang muslimah yang diredhai Allah swt. insyallah ana akan update 1 topic ke satu topic sehingga selesai 1 buku. Insyaallah.

Pada Bahagian Pertama ini ana akan menerangkan topic :

MENYEMAI CARA HIDUP ISLAM

didalam tajuk ini pula terdapat 6 subtopic iaitu :-

a) wanita yang mendidik anak anaknya
b) membuat perpustakaan kecil 
c) membuat koleksi kaset agaman
d) menjemput orang soleh ke rumah
e) mempelajari ajaran islam tentang rumahtangga
f) meminta kebenaran suami

Introduction :

"WANITA SOLEHAH BERSOLEK HANYA UNTUK SUAMI"

Keindahan Tubuh Wanita

Pada Zaman sekarang, agak sukar membezakan untuk siapakah seorang isteri bersolek sebelum keluar rumah. Apakah hal ini semata mata untuk menyenangkan hati suami atau agar dilihat orang ramai. Alangkah kejinya jika seorang isteri bersolek untuk tatapan mata orang lain. pemandangan seperti itu dapat dilihat dengan mudah di tempat tempat umum. Padahal jika seorang isteri mahu berdandan semata mata untuk menyejukkan pandangan mata suaminya, hal itu pahalanya besar sekali.

Islam tidak melarang wanita bersolek, malah seorang isteri yang berdandan serta bersolek untuk suaminya adalah SUNAT hukumnya. Nabi Muhammad saw bersabda ;

"Isteri yang paling baik ialah isteri yang mengenakan wewangian dan membersihkan diri."

sementara itu, Imam Ali pula berkata: "sebaik baik isteri ialah isteri yang memakai wewangian dan masakannya sedap. Jika diberi nafkah (belanja) ia berjimat."

Aisyah ra pula berkata; kami suka memakai wewangian di bahagian kening. kalau kami berkeringat maka wewangian itu meleleh ke wajah kami. Ketika Rasulullah saw melihat hal itu, beliau tidak menunjukkan seberang reaksi.

Isteri disunatkan memakai celak mata dan menghias kuku tangan dan kaki dengan inai, bukan dengan cara ditatu.

Rasulullah saw menegaskan :

"Aku tidak suka melihat isteri tanpa bercelak dan tidak mengenakan inai."

Umar bin Khattab berkata : "Wahai Kaum wanita, apabila kamu mengenakan inai, maka hindarilah bertatu, apabila kamu memakai inai pakailah setakat di jari sahaja."

tetapi haruslah diingat bahawa celak atau inai yang digunakan itu hendaklah tidak mengandungi kimia. kerana jenis inai dan celak yang diperbuat dari bahan kimia, sukar dihilangkan dengan air. maka ketika hendak berwuduk, bahagian bahagian yang terkena inai dan celak tidak meresap air. padahal salah satu syarat berwuduk adalah menyampaikan air ke kulit. 

tidak ada larangan bagi wanita mengenakan perhiasan yang diperbuat dari emas atau perak. wanita yang enggan memakai perhiasan, malah dihukumkan makruh. 

melubangi telinga untuk tempat mengenakan anting anting tidak dilarang. hal itu tidak boleh dijadikan alasan sebagai tindakan mengubah ciptaan Allah. 

Imam Malik pernah ditanya mengenai wanita yang mengenakan perhiasan di kakinya. ia menjawab : "meninggalkan cara berhias seperti itu lebih aku sukai. kerana jika dipakai ketika berjalan menimbulkan suara gemerincing." 

tetapi Imam Malik tidak sampai menghukum perbuatan itu haram. berlainan halnya jika ia dilakukan kerana didorong oleh keinginan agar suaranya didengar orang lain. kalau niatnya begitu maka hukumnya haram.

merawat tubuh badan sehingga nampak padat dan berisi termasuk dalam kategori berhias.

Ibnu Sirin Berkata : " belum pernah aku melihat perhiasan yang lebih sesuai bagi seorang lelaki selain kepintaran dalam bercakap. aku tidak memperhitungkan pakaian yang sesuai bagi wanita selain kesihatan tubuh badan." 

merawat tubuh agar tetap nampak sihat dan segar, Ibnu Urfah mengatakan : "Selagi rawatan itu tidak membahayakan jiwanya, boleh dilakukan. kerana kesihatan tubuh seorang wanita termasuk hal yang menarik hati suami. 

Rasulullah saw memperingatkan kaum wanita agar tidak berhias kecuali untuk menyenangkan suaminya.

Beliau bersabda :

"Sesiapa sahaja perempuan yang mengenakan wewangian dan bersolek lalu keluar rumah tanpa seizin suaminya, maka ia sedang berjalan dalam kemurkaan Allah dan kebencianNya, hingga ia kembali ke rumah."

Dalam riwayat lain beliau menegaskan :

"siapa sahaja perempuan yang sengaja membuka perhiasan (tubuhnya) di tempat yang tidak dikehendaki suaminya, maka ia mendapat dosa sebanyak dosa 70 perempuan yang berzina. kecuali jika dia bertaubat. siapa sahaja perempuan yang gemar memperhatikan lelaki lain dan bukan suaminya, maka Allah akan menghukum matanya di neraka."

Seorang ulama salaf pernah berkata : " aku lebih suka isteriku diperhatikan seribu orang lelaki, daripada dia memperhatikan seorang lelaki."


Begitulah pengenalan daripada Tajuk yang akan kita bincangkan nanti. Harap antum bermeluangkan masa membaca :) semoga bermanfaat :) jgn lupa klik butang "SHARE"

Tuesday 7 July 2015

Pesanan Rasulullah saw kepada Muslimah

Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. 
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
 (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. 
(Riwayat Tarmizi)

Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). 
(Riwayat dari Hassan).

Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya,
“Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api”.
Saidatina Aisyah bertanya, mengapa wahai Rasullullah?

Jawab Rasulullah SAW:

1. Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami dan melakukan kerja rumah.

2. Tiada memuji ataupun berterima kasih (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya (jarang org perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)

3. Sering mengkufur (engkar) terhadap nikmat Allah, contohnya apabila berlaku suatu pertengkaran ada isteri yang berkata “Sudah 10 tahun berkahwin dengan awak tak ada apa-apa pun”.

4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa, contohnya memperkecil-kecilkan suami dan mengumpat. Tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali menghulurkan tangannya kepada suami (meminta ampun dan maaf)

5. Hadis Nabi SAW “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita ataupun isteri yang solehah”

6. Sabda Rasulullah SAW “mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina.

7. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar rumah kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipersonakan oleh iblis. Sabda Nabi SAW ” perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia”

8. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita. Diriwayatkan bahawa satu hari, ketika Rasullullah SAW bersama isterinya, (Ummu Salamah dan Maimunah) datang sahabatnya yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami Ya Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab, “Bukankah kamu dapat melihat?”

9. Rasulullah SAW bersabda “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpana gelap gelita pada hari kiamat, tiada Nur baginya.”

10.Sabda Rasulullah SAW “Dikahwini wanita kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu bertuah.”

11.Hadis Nabi SAW “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya”.

12.Sabda nabi SAW “Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhaiNya.”

13.Sabda nabi SAW:” wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya, tanpa hisab”

14. Hadis Nabi, “Mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suami, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya”.

15. Sabda Nabi SAW, “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tiada izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tiada izin suaminya.

16.Nabi SAW bersabda “Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

17.Dari Muaz, Sabda Nabi SAW “Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api neraka”.

18.Dan mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan-minumnya atau merenung ia pada suaminya, atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan keramat itu. Tidak seorang pun yang sampai ke martabat itu kecuali Nabi-nabi. Thabit Al-Bananiy berkata “seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita hingga suaminya selesai. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esoknya, matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan) pada perempuan itu kerana kemuliaan dan penghormatannya pada suaminya.

19.Dari Ibnu Mas’ud, katanya nabi SAW bersabda: “Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (500 tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan
bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadap Allah swt.

20.Nabi Saw bersabda: ” Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya ‘Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun ‘, maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

21.Sabda Nabi SAW “Sebaik-baik wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya, ia menggembirakan engkau, jika engkau memerintah diturutnya perintah engkau (taat) dan jika engkau meninggalkan rumah dijaga harta engkau dan dirinya”.

22. Sabda Nabi SAW “Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika dia terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan ditepinya”.

23. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.

24. Sabda Nabi SAW ” Wanita yang mempergunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekalian “.

25. Ibnu Umar ra berkata, Sabda Nabi SAW ” Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku dalam syurga.”

26. Dlm Kitab Muhimah “Hendaklah isteri mendahului suaminya atas hak dirinya dari seluruh kaum kerabatnya”.

27. Rasulullah SAW bersabda “syurga itu di bawah telapak kaki ibu”.

28. Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang itu mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah akan malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapus baginya seribu kejahatan “.

29. Sabda Nabi SAW ” Apabila seorang wanita sakit untuk bersalin maka Allah mencatat baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah ”

30. Sabda Nabi SAW ” Ya Fatimah! Mana-mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kuku suaminya, Allah akan berikan dia minum dari sungai-sungai dalam syurga serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan
didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan baginya kelepasan dari api neraka dan selamat ia melintas titian sirat “.

31. Dari Ali bin Abi Talib, Aku dengar Rasululullah SAW bersabda, Tiga golongan umatku akan mengisi neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia mereka iaitu:

a. Orang yg gemuk tetapi kurus
b. Orang yg berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yg alim tetapi jahil

Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuh badannya tetapi kurang amal ibadatnya. Adapun orang yang berpakaian tetapi telanjang itu ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Dan adapun orang yang alim tetapi jahil itu ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

32. Sabda Nabi SAW ” Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka adalah wanita” Ditanya, “Mengapakah demikian Ya Rasululullah?” Dijawab baginda SAW ” Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun masih belum cukup “.

33.Sabda Nabi SAW ” Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita” maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka “mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab nabi, “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah nikmat suaminya”.

34. Sabda Nabi SAW ” Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang lelaki didalam neraka dan dua kali ganda seorang lelaki di dalam syurga”

35. Sabda Nabi SAW “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api neraka, di antara parit-parit itu ialah sejauh langit dan bumi”.

36. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang-benang Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat”.

37. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”

38. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.

39. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhati.

InsyaAllah, semoga dapat amal dan sampaikan. Semoga kita termasuk dalam golongan ahli syurga Amin.

Monday 6 July 2015

Salam Ramadhan Kareem : Usrah Online

Assalammualaikum wbt. 

Sahabat sefikrah, adik adik dan Puan puan yang admin sayangi sekalian.

Alhamdulilah, dengan berkat permintaan ramai akhirnya diizinkan Allah swt untuk admin ciptakan page khas untuk usrah muslimat.

Tup tup tup dah ramadhan ke 20 kita lalui, moga ibadat kita diterima Allah swt. 

insyallah apa yang menarik dengan usrah online muslimat ni?

insyaallah kita boleh adakan perbincangan, perkongsian masalah, taaruf dan sebagainya.

seperti usrah usrah yang pernah kita join, cuma bezanya usrah face to face (kita hanya mendengar - jihad juga tu), usrah online (kita perlu membaca - jihad juga tu).

Tetapi dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kenapa admin adakan Usrah Online? kerana usrah ni salah satunya makanan rohani kita, jika rohani kita tidak diisi dengan makanan makanan ibadat, maka akan lagha lah kita dengan duniawi.

Disamping mengingat yang lain.

Usrah online ni juga bermanfaat bagi muslimat yang kekangan masa study, kerja atau apa apa komitmen yang tidak banyak masa/waktu untuk keluar menimba info info bermanfaat.

Insyaallah admin akan usaha yang terbaik mengambil langkah yang paling sesuai bagi pemahaman dari sumber sumber Al quran, Hadith sahih, buku buku motivasi serta ulama ulama yang hebat.

selain daripada itu juga, pada permulaan mungkin admin hanya akan menaip usrah per day by 1 topic. tetapi insyaallah di masa akan datang admin akan menambahkan pendekatan berbentuk video klip, rakaman suara dan sebagainya. 


Sekian, Terima Kasih. doakan semoga admin berjaya menaiktaraf page ini secepat mungkin ye :)