Thursday 10 September 2015

ADAB TERPUJI & TANGGUNGJAWAB WANITA SOLEHAH - KARYA BERLIAN PUBLICATION SDN BHD


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah swt kerana diberi ruang dan masa untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang boleh dimanfaatkan buat muslimah mahupun muslimin yang ingin menyampaikan buat muslimah. Insyaallah

Hasil bacaan dan carian ana terhadap buku buku ilmiah & motivasi, salah 1 yg menjadi pilihan ana untuk huraikan di sini adalah buku yang berjudul "ADAB TERPUJI & TANGGUNGJAWAB WANITA SOLEHAH" buku keluaran jasmin dan merupakan berlian publication sdn bhd, didalam buku ini banyak menerangkan perihal adab & cara cara kehidupan seorang muslimah yang diredhai Allah swt. insyallah ana akan update 1 topic ke satu topic sehingga selesai 1 buku. Insyaallah.

Pada Bahagian Pertama ini ana akan menerangkan topic :

MENYEMAI CARA HIDUP ISLAM

didalam tajuk ini pula terdapat 6 subtopic iaitu :-

a) wanita yang mendidik anak anaknya
b) membuat perpustakaan kecil 
c) membuat koleksi kaset agaman
d) menjemput orang soleh ke rumah
e) mempelajari ajaran islam tentang rumahtangga
f) meminta kebenaran suami

Introduction :

"WANITA SOLEHAH BERSOLEK HANYA UNTUK SUAMI"

Keindahan Tubuh Wanita

Pada Zaman sekarang, agak sukar membezakan untuk siapakah seorang isteri bersolek sebelum keluar rumah. Apakah hal ini semata mata untuk menyenangkan hati suami atau agar dilihat orang ramai. Alangkah kejinya jika seorang isteri bersolek untuk tatapan mata orang lain. pemandangan seperti itu dapat dilihat dengan mudah di tempat tempat umum. Padahal jika seorang isteri mahu berdandan semata mata untuk menyejukkan pandangan mata suaminya, hal itu pahalanya besar sekali.

Islam tidak melarang wanita bersolek, malah seorang isteri yang berdandan serta bersolek untuk suaminya adalah SUNAT hukumnya. Nabi Muhammad saw bersabda ;

"Isteri yang paling baik ialah isteri yang mengenakan wewangian dan membersihkan diri."

sementara itu, Imam Ali pula berkata: "sebaik baik isteri ialah isteri yang memakai wewangian dan masakannya sedap. Jika diberi nafkah (belanja) ia berjimat."

Aisyah ra pula berkata; kami suka memakai wewangian di bahagian kening. kalau kami berkeringat maka wewangian itu meleleh ke wajah kami. Ketika Rasulullah saw melihat hal itu, beliau tidak menunjukkan seberang reaksi.

Isteri disunatkan memakai celak mata dan menghias kuku tangan dan kaki dengan inai, bukan dengan cara ditatu.

Rasulullah saw menegaskan :

"Aku tidak suka melihat isteri tanpa bercelak dan tidak mengenakan inai."

Umar bin Khattab berkata : "Wahai Kaum wanita, apabila kamu mengenakan inai, maka hindarilah bertatu, apabila kamu memakai inai pakailah setakat di jari sahaja."

tetapi haruslah diingat bahawa celak atau inai yang digunakan itu hendaklah tidak mengandungi kimia. kerana jenis inai dan celak yang diperbuat dari bahan kimia, sukar dihilangkan dengan air. maka ketika hendak berwuduk, bahagian bahagian yang terkena inai dan celak tidak meresap air. padahal salah satu syarat berwuduk adalah menyampaikan air ke kulit. 

tidak ada larangan bagi wanita mengenakan perhiasan yang diperbuat dari emas atau perak. wanita yang enggan memakai perhiasan, malah dihukumkan makruh. 

melubangi telinga untuk tempat mengenakan anting anting tidak dilarang. hal itu tidak boleh dijadikan alasan sebagai tindakan mengubah ciptaan Allah. 

Imam Malik pernah ditanya mengenai wanita yang mengenakan perhiasan di kakinya. ia menjawab : "meninggalkan cara berhias seperti itu lebih aku sukai. kerana jika dipakai ketika berjalan menimbulkan suara gemerincing." 

tetapi Imam Malik tidak sampai menghukum perbuatan itu haram. berlainan halnya jika ia dilakukan kerana didorong oleh keinginan agar suaranya didengar orang lain. kalau niatnya begitu maka hukumnya haram.

merawat tubuh badan sehingga nampak padat dan berisi termasuk dalam kategori berhias.

Ibnu Sirin Berkata : " belum pernah aku melihat perhiasan yang lebih sesuai bagi seorang lelaki selain kepintaran dalam bercakap. aku tidak memperhitungkan pakaian yang sesuai bagi wanita selain kesihatan tubuh badan." 

merawat tubuh agar tetap nampak sihat dan segar, Ibnu Urfah mengatakan : "Selagi rawatan itu tidak membahayakan jiwanya, boleh dilakukan. kerana kesihatan tubuh seorang wanita termasuk hal yang menarik hati suami. 

Rasulullah saw memperingatkan kaum wanita agar tidak berhias kecuali untuk menyenangkan suaminya.

Beliau bersabda :

"Sesiapa sahaja perempuan yang mengenakan wewangian dan bersolek lalu keluar rumah tanpa seizin suaminya, maka ia sedang berjalan dalam kemurkaan Allah dan kebencianNya, hingga ia kembali ke rumah."

Dalam riwayat lain beliau menegaskan :

"siapa sahaja perempuan yang sengaja membuka perhiasan (tubuhnya) di tempat yang tidak dikehendaki suaminya, maka ia mendapat dosa sebanyak dosa 70 perempuan yang berzina. kecuali jika dia bertaubat. siapa sahaja perempuan yang gemar memperhatikan lelaki lain dan bukan suaminya, maka Allah akan menghukum matanya di neraka."

Seorang ulama salaf pernah berkata : " aku lebih suka isteriku diperhatikan seribu orang lelaki, daripada dia memperhatikan seorang lelaki."


Begitulah pengenalan daripada Tajuk yang akan kita bincangkan nanti. Harap antum bermeluangkan masa membaca :) semoga bermanfaat :) jgn lupa klik butang "SHARE"